Midnight Touge, Misery, News, touge, Video

Pembongkaran Misteri Hantu Bukit Putus


hantu Bukit Putus

Hantu Bukit Putus

Jalan lama yang jarang diguna pakai biasanya akan dikaitkan dengan kehidupan misteri, mistik, seram, berhantu dan sebagainya. Sudah pastinya jalan lama Bukit Putus yang kini tidak lagi digunakan oleh pemandu tempatan mungkin menyingkap pelbagai kisah sejuta satu malam. Selepas beroperasinya jalan baru yang lebih mesra pengguna, kini jalan lama Bukit Putus hanya digunakan sedikit atau segelintir pemandu di waktu “peak hour”.

bukit putus

Apabila masuknya waktu senja, dimana sang burung mula berlumba-lumba pulang ke sarang masing. Jalan lama Bukit Putus ini sudah pastinya tiada sesiapa yang berani menggunakannya. Kes demi kes kemalangan yang pernah berlaku di jalan lama ini pada suatu ketika dahulu pasti menghantui mana-mana yang pernah mendengar atau melihatnya. Orang tempatan mungkin sudah jemu mendengar kisah-kisah seram yang berlaku di jalan misteri ini.

Keadaan Jalan Bukit Putus sekitar Jam 1.30 pagi

Keadaan Jalan Bukit Putus sekitar Jam 1.30 pagi

Siapa Bela Kucing dekat jalan lama tu?

Siapa Bela Kucing dekat jalan lama tu?

Namun begitu, bagi orang luar cerita ini pasti boleh membuatkan anda tidak lena malam. Antara kisah mereka yang disajikan antaranya adalah kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh, ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda dengan membawa obor lampu, dan ada yang terlihat tentang penampakan “Hantu Pocong” yang sedang berdiri di kaki bukit. Masih ada pelbagai cerita yang kononnya ada bantal peluk sedang bergolek mengejar kenderaan, bebola api yang berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam tatkala siang tidak berniaga. Haa.. macam-macam cerita ada dan baru-baru ini saya terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita sedang melapah daging monyet di selekoh yang ada air bukit turun. Dengan waktu jam pada anggaran saya pukul 11 lebih, selepas pulang menoreh amat terkejut dengan apa yang saya lihat. Apa yang mereka sedang lakukan itu sememangnya amat menggerunkan bagi sesiapa yang melihat. Saya cuba mendekatkan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Tiba-tiba saya sungguh terkejut, Bella Swan dan Edward Cullen rupanya. Selepas berjabat tangan dan mendapat autograf di leher mereka segera menghilangkan diri dari lokasi berkenaan.

Pokok dimana Pontianak sering singgah

Pokok dimana Pontianak sering singgah

Rondaan Pihak Polis Menjaga Keamanan

Rondaan Pihak Polis Menjaga Keamanan

Hantu Bukit Putus Oh! Hantu Bukit Putus. Cerita Misteri yang tidak akan lekang diborakkan. Okay disini cerita saya yang sebenar. Saya adalah penggemar dengan laluan-laluan bukit yang mempunyai selekoh tajam dan dipenuhi hutan. Sememangnya tatkala bulan dan bintang menjelma, biasanya selepas jam 12 malam, apabila saya kelapangan saya akan memandu kereta di jalan-jalan bukit yang terpencil seperti Bukit Putus. Ada kalanya saya akan berseorangan sahaja, dan ada kalanya saya akan bersama rakan-rakan yang meminati hobi yang sama. dan untuk pengetahuan pembaca, Gunung di Jalan Bukit Putus, iaitu Gunung Angsi, setakat ini telah 4 kali saya mendaki.

Kenangan Mendaki Gunung Angsi di Bukit Putus

Kenangan Mendaki Gunung Angsi di Bukit Putus

Disini kami bukannya mahu menunjukkan bahawa kami ini tidak seram dengan makhluk halus ini, ada juga diantara kami yg sememangnya lemah syahwat dengan perkara-perkara hantu sebegini. Selain aktiviti kami  memandu orang kata “layan corner”, kami juga melakukan aktiviti Ber’BBQ di tepi jalan atas bukit tersebut sambil menunggu BBQ Ayam dibakar, kami juga duduk sekelompok sambil mendengar cerita dan pengalaman rakan-rakan lain. Selain itu juga, disebabkan orang kata Bukit Putus ini keras, kami melakukan aktiviti nakal dengan mengusik “Mat Rempit” yang sedang menunggang laju di jalan baru yang terang benderang tatkala tempat kami hanya ada lampu ayam saja.

Aktiviti Santai Malam BBQ

Aktiviti Santai Malam BBQ

Jadi antara jenis-jenis hantu bukit putus itu, kami juga termasuk didalam senarai itu. Tidak lupa juga kepada crew atau group mencari hantu juga, anda pun sebenarnya tergolong dalam jenis-jenis hantu. Sekian cerita saya buat masa ini. Janganlah biarkan kehidupan anda diselubungi hantu. Rasa janggal pula post dalam Bahasa Melayu ni. hehe Allrite Mari menjamu video

Tujuan post ini dibuat bagi membuang rasa takut dikalangan masyarakat tentang apa yang pernah diceritakan atau difilemkan tentang misteri bukit putus. Peace

Video A : hantu Kelawang Pergi Bukit Putus dan Mengganggu Penduduk

Video B : Hantu Bukit Putus Berpeleseran di Tengah Malam Menganggu Mat Rempit

Video C : Hantu Bukit Putus Berpesta Di Malam Hari Dan Kacau Event Di Siang Hari

Advertisements

About TakaFuji

TakaFuji a.k.a Takashi Fujiwara - Mostly know as "taka", doesn't own a car, doesn't know how to drive manual car, even doesn't know how to drive car fast because he don't have a car. What he only know is surfing, and in beginner of typing, videography and photography. Pornography is not in his area. Touge is his passion but, he also don't know drive in touge. He just sit in others touge car and watching, recording and the importance one, as a co-driver. If there are new member in touge scene, he will guide him about the touge and some basic knowledge. He is friendly but remember he also "psychopath" Long Live Touge

Discussion

4 thoughts on “Pembongkaran Misteri Hantu Bukit Putus

  1. Sbg pemandu teksi, bila aku bosan lalu kat sini, mmg hantu tu tak nampak, tapi ada lah bbrp kereta park tepi kat situ, cuba korang semua tgk sket apa diorang buat, hantu beromen adalah. Aku suka cara kau! Bukan mcm blog lain, nk takotkan orang kerjanya.

    Posted by Encik Teksi | December 16, 2012, 23:36
  2. Eeee seremmmm nyaaa

    Posted by kultuih | January 11, 2013, 15:41

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

Current View

  • 81,046 viewer

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Author

%d bloggers like this: